Voting

Thursday, April 30, 2009

MESYUARAT EDARAN PROSES JOHOR DI TG PIAI....

ceramah dr pensyarah yg hebat...

Encik Shahrizan Sudiman,Encik Zainal Yang n Encik Nizam
before leaving.....
wow...saper yang cantik?
tekun nampak bos? hehehheheh...


Balik jer dr Pontian...my bos bg tahu suruh replace ke Tg Piai...'baik bos'...kesian kat bos...he is not well...tp semangat dier sangat tinggi...so kenapa kiter tak leh sacrifice...so prepare brg brg sket...bertolak ke sana pada 1.00 tghari pada 15.4.2009...my hubby hantar hujan-hujan...kesian...so br 5 minit perjalanan ternampak lori fama...si Fairul n Salim tgh 'ngeteh'...fairul nmpk terus call suruh join...kiter org patah semula dan join dieorang...ingatlah makan per...rupernyer makan ABC dan mee hoon bungkus hujan-hujan....layan...

Sampai jerk Tg Piai...dalam pukul 2 lbh...room ok..
.so my roomate...Salina dari FAMA Tangkak...baik orgnyer....so ptg tu terus Datin Kamisah bg talk pasal kewangan...nota hantaran,invois jualan, nota debit, nota kredit,invois belian, invois timbangan...she is good...tahniah for reminding some people yang tak kisah dgn aper aper di FAMA nih... malam pulak ada sesi makan-makan (best )..luper nak bg tahu Tg piai nih paling selatan di benua ASIA...malam ada ceramah motivasi..ingat 3 perkara yer :

  1. pandai berterima kasih
  2. pandai bersyukur
  3. sedar diri...




harap-harap kiter tergolong dalam kategori di atas...i enjoy working with FAMA RENGIT..the best ever place in my heart...ada suka,duka,kenangan,kasih,cinta dan sayang disini...hehhe sedih la plak...one thing pasal ceramah nih..i've been remember something...wa cannot change persepsi org pada kiter...yang penting kiter buat kerja sehabis baik....semangat tak?


the next day...meeting edaran...so this 2009 is year for promoting roselle all out...kilang FAMA Rengit always ready for that...so harap-harap marketing wing dr Johor akan buat sehebat yang mungkin...masalah pasti ada yang penting cara nak handle...TQ for u guys...mr SS ..TQ for supporting FAMA Rengit...and also tq for ur trustness...and biq tq for all team from JB (Osnul and Tahrin),BP (wak manaf and bachok),Simpang Renggam and also for Zulaika ....tq...hope everything will be fine and success..................:)



EKSPO DI KARNIVAL BANK RAKYAT PONTIAN

tengok aper tuh yin...(new AMI..fama johor with his beloved wife)
Nurul...the happiest girl...why? hehhehe...love in her heart ...
belakang (mu hubby,ain and miza)
duduk (ani, me,zana and ezi ...)
promote halwa roselle.....sedap ....nyam nyam..nyam

Promosi produk dieruskan di Pontian ....pada kali ini special sikit...first time bawak Ani (pekerja) disamping adik-adik praktikal...so this expo pada 11-12 April di Pusat Perdagangan Pontian bersempena Karnival Memancing anjuran Bank Rakyat....

1st Day
Bertolak kul 7.00 pagi with JFJ 79** (me,hubby,ani,miza n ain)...WHJ ***(fiq n nurul)...so sampai sana terus tgk booth ...fuh hujung sekali...sebelah stage betul...bengang...actually...stok brg dari FAMA JOHOR ...new AMI...tahrin..sorry le yin...first jumper dah kena dgn akak...hehehhe...practice makes perfect...he is good person...and able to do this marketing job...so kiter kemas -kemas lah brg...kul 7 ptg bertolak balik Rengit...becoz heavy rain...brg pun basah...

2nd Day
Bertolak pagi juga...tp kali nih zana and ezi join..so aktiviti promosi dilaksanakan...dan balik pukul 5 ptg selepas acara bg-bg hadiah untuk pemenang pertandingan memancing...

Monday, April 20, 2009

KURSUS DOKUMENTASI HACCP ANJURAN MARDI 25/3/2009

Kursus dokumentasi HACCP yang telah dianjurkan oleh pihak MARDI telah diadakan di Hotel M Suite Johor dari 24 Mac 2009 hingga 26 Mac 2009. Kursus ini bertujuan untuk mendokumetasi prasyarat HACCP iaitu GMP dan HACCP.Begitu ramai juga usahawan yang terlibat contohnya Keropok House, Sheedaz dan pelbagai agensi terlibat iaitu Jabatan Pertanian,MADA, Jabatan Veterinar ,LPP dan FAMA diwakili saya dan Penolong Pengurus Kilang Kuala Selangor
banyak maklumay berguna telah diperolehi...selain itu ada tugas berkumpulan yang perlu kami buat...so my group memang best...Pn Hajah Rahani, Puan Misnah, Putri and new RO Mardi...isk luper lak namanyer...our group presentation about Seri Kaya Madu...heheh..mudah sket..maklumlah dah biasa...so let me explain apa prasyarat HACCP...

Program pra-syarat ini dapat menentukan produk yang dihasilkan selamat untuk dimakan dan berkualiti mengikut elemen-elemen berikut:

                                                               i.      Penubuhan : Bangunan dan Kemudahan Kemudahan    

                                                             ii.      Kawalan Pengoperasian : Amalan dan Prosedur

                                                            iii.      Penyelenggaraan dan Sanitasi

                                                           iv.      Pekerja

                                                             v.      Pengangkutan dan Pengedaran

                                                           vi.      Pengesanan

                                                          vii.      Pemeriksaan Dalaman

                                                        viii.      Latihan

Untuk detail...saya akan terangkan nanti yerk....

dapat juga akhirnya sijil...tq mardi for inviting me
kena bagi speech wakil peserta...hehhe...alhamdullilah...everything ok jerk

part of my group memberss


MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL DARIINSTEDT

Majlis perpisahan bagi Pelajar dari INSTEDT iaitu  hidayah Matni, hidayah Mazlan dan Niza diadakan di BilikMesyuarat FAMA Rengit dengan suasana yang sedih dan pilu. Mereka pelajar yang bagus.Tarikh 20 Mac 2009 adalah tarikh terakhir mereka disini.Menjalankan latihan praktikal dengan begitu baik dan komited terhadap semua tugas yang diberikan.Terlalu banyak kenangan dan memori bersama mereka.
Semoga mereka menjadi insan yang berguna kelak.Amin.



Thank you for everything...perjalanan hidup masih panjang...kejarlah impian...sayangi diri dan keluarga sementara masih ada.Anggaplah pengalaman di FAMA Rengit sebagai kenangan yang terindah semasa menjalankan latihan praktikal....Love u all...

Friday, April 17, 2009

PROMOSI DI PAGOH JOHOR


Sempena Hari Veterinar peringkat Negeri Johor pada 15 Mac 2009 di Dewan Seri Pekembar ,Pagoh , pihak FAMA telah diminta untuk mengadakan jualan promosi bagi produk-produk FAMA. Kakitangan FAMA Rengit (Farida Senang,Razali Abu Bakar,Fazrin dan Fairul) serta 9 org pelajar praktikal melaksanakan promosi tersebut.Majlis dirasmikan Menteri Pertanian (sekarang dah bertukar) .
wah...sape nak rase air roselle FAMA...

Datok Mustapha Muhamad merasa halwa roselle (produk baru FAMA)....3 kali dia rase
...sedap dan berkhasiat...disebelahnya YB Aziz KAprawi,Pengarah FAMA Negeri Johor dan Ketua Pengarah FAMA...yang berbaju merah tu...sayalah...



Ketua Pengarah FAMA sedang melihat produk halwa bersama PFN Johor dan PFW S


Ramai pengunjung yang datang membeli dan merasa air roselle FAMA
Team praktikal di FAMA Rengit yang hebat dan berpotensi...Keep up ur work
(DARI KIRI : hirzi (adtec bp),zana (poli merlimau),ain (ukm),nurul (poli jb),niza dan dayah (instedt)miza(poli merlimau),dayah A(instedt,fikri (UniKL)

PROMOSI PRODUK IAT DI ANGSANA (2)












Tuesday, April 14, 2009

PROMOSI PRODUK DI EKSPO ANGSANA IAT






belakang( my hubby,dayah a,dayah b,zana ,hirzi)
depan (fikri,me,nurul,ain,miza and niza)


Pada 27 februari 2009 hingga 2 mac 2009..me and hubby serta my lovely 9 practical student diarah untuk membuat promosi di EKSPO IAT DI ANGSANA JOHOR BHARU...IAT (INDUSTRI ASAS TANI).....so kita orang bertolak...hehe gambar sebelum bertolak...

sampai jerk sana...diorange tengah kemas gerai...so kiterorg tolong kemas dan menceriakan lagi...so many problem happen...takder meja...last last dapat 3 meja sekali...kikiki....
susun...jangan tak susun

keletihan menyusun....kwang kwang



KORDIAL ROSELLE AGROMAS

KORDIAL ROSELLE AGROMAS


TERBARU..TERKINI...DAPATKAN SEGERA!!!!!

HARGA MURAH RM 8.50 (1 LITER)


KEISTIMEWAAN :

TIADA PEWARNA DAN PERASA TIRUAN
MURAH
RASENYA YANG SEDAP DAN UNIK....



03-61262020 (FAMA SELAYANG) ATAU FAMA NEGERI ANDA...

JEM BELIMBING AGROMAS

JEM BELIMBING AGROMAS


MEH KITER TENGOK APA KHASIAT BELIMBING?

Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialahAverhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

Penggunaan belimbing dalam bidang perubatan banyak khasiatnya. Manfaat belimbing sebagai ubat telah lama diamalkan. Ia digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi. Buah belimbing juga digunakan untuk menurunkan kolestrol, melancarkan pencernaan, sakit perut dan demam. Di sini, belimbing dijadikan sebagai jus yang segar untuk diminum.

 Selain buah, daunnya juga digunakan untuk mengubati bisul dan gatal-gatal pada kulit.



Ramuan utama jem belimbing :  buah belimbing, gula dan pektin



so...layari www.fama.gov.my or 03-31262020






JEM NANAS AGROMAS


JEM NANAS AGROMAS

Pemprosesan jem nanas :
  • penerimaan buah nanas ikut spesifikasi (biasanya nanas bewarna kekuningan)
  • pastikan pengupasan nanas tiada mata nanas yang tertinggal
  • proses memasak
  • pengisian
  • pembotolan
  • pelabelan

 

INDEKS

 

DESKRIPSI INDEKS KEMATANGAN NANAS MORIS

 

DITERIMA

OLEH ‘Q’

 

1

KESELURUHAN MATA BERWARNA HIJAU TUA KEBIRUAN BERKILAT

Belum matang

Isi sangat pejal dan masam

Belum boleh dituai

 

 

2

KESELURUHAN MATA BERWARNA HIJAU TUA BERKILAT DENGAN SEDIKIT KUNING DI ANTARA MATA DIBAHAGIAN PANGKAL BUAH

Peringkat pecah masak-buah matang

Isi pejal dan kemasaman

Belum sesuai dimakan segar

Sesuai diekport melalui laut

 

 

3

KESELURUHAN MATA BERWARNA HIJAU TUA DENGAN 1-2 MATA DIBAHAGIAN PANGKAL BUAH BEWARNA HIJAU KEKUNINGAN

Buah matang

Isi rangup dan kemasaman

Boleh dimakan segar tetapi belum enak dimakan

Sesuai dieksport melalui laut dan udara

 

 

4

LEBIH KURANG 25% MATA DIBAHAGIAN PANGKAL BUAH BEWARNA KUNING

Buah mulai masak

Isi rangup dan masam manis

Boleh dimakan segar

Sesuai dieksport melalui udara

 

 

5

LEBIH KURANG 50% MATA BEWARNA KUNING JINGGA

Buah masak

Isi mampung, berjus, manis dan harum.

Baik untuk dimakan segar.

Sesuai dieksport melalui udara

*                    

 

6

LEBIH 75% MATA BERWARNA KUNING JINGGA

Buah masak

Isi mampung, berjus, manis dan harum.

Baik untuk dimakan segar.

Tidak sesuai dieksport melalui udara

*                    

 

7

KESELURUHAN MATA BERWARNA KUNING JINGGA

Buah ranum

Isi lembik, terlalu berjus dan masam manis

Masih boleh dimakan segar

Tidak sesuai dieksport melalui udara

*                    



Yang penting tiada 'body' lain dalam jem ini...selalunya syarikat swasta menggunakan perasa dan pewarna tiruan tetapi JEM NANAS AGROMAS 100% original....layari www.fama .gov.my

JEM ROSELLE AGROMAS

JEM ROSELLE keluaran FAMA.

Kenapa kita nak agungkan produk luar negara sedangkan kita ada produk  yang jauh lebih hebat dan halal serta sedap dan opsss murahhh....


Bahan utama dalam jem roselle :
  • puri roselle (kalau nak beli puri RM 5.00 jerk SEKILO  ...tel FAMA RENGIT 07-4241240)
  • gula
  • pektin
Harga di pasaran lebih kurang Rm3.30 ke RM 3.50 (300gm)...Murah kan...

Rasanya masam manis....memang sesuai dimakan dengan biskut, roti dan memacam lagi...kalau nak best cuber makan dengan ais krim atau adunkan dengan kek...

jangan risaukan kehalalanya sebab confirm ada sijil halal dari jakim ...
kilang prosesnyer?
saya akan tunjukkan mana kilangnyer.....tunggu...


keistimewaan JEM ROSELLE AGROMAS

  • tiada pewarna dan perasa tiruan.

nak dapat dimana ?

  • semua FAMA Negeri
  • pasaraya
  • kedai runcit
  • pasar tani
  • layari www.fama.gov.my atau 03-61262020


Monday, April 13, 2009

SERI KAYA MADU


let me introduce our killer product at FAMA......SERI KAYA MADU....brand AGROMAS DAN OLEMAS


keistimewaannye?

  • tiada bahan pengawet
  • ramuan yang segar setiap hari...telur ,santan kelapa,gula dan madu
  • tiada bahan pewarna dan perasa tiruan
  • mempunyai pensijilan HALAL
  • salah satu menu di MAS AIRLINES (botol comel tuh)




Telur yang digunakan bergred A sahaja.Ini mematuhi pelan pemeriksaan MS ISO 9001:2000.
Mesin pencuci telur ini diperakui memenuhi standard syariah oleh JABATAN AGAMA JOHOR dan menjadi model kepada IKS untuk memastikan kesucian dan kebesihan produk yang dihasilkan.


SERI KAYA MADU brand AGROMAS sedap dimakan dengan roti...biskut...lempeng pun bleh...


kat mana nak dapat?

  • semua pejabat FAMA NEGERI di Malaysia (unit edaran)
  • layari laman web FAMA www.fama.gov.my
  • tel HQ di FAMA SELAYANG di nombor 03-61262020
  • di pasaraya GIANT
  • di pasar tani
  • dan kedai-kedai runcit yang ada.

Thursday, April 9, 2009

KEHIDUPANKU....

Hari ni dalam cuaca yang sejuk ...tetiber rase nak menulis...let me introduce diri dulu...kengkawan opis panggil ida atau erica..kat sekolah dulu aerid...kelakarkan....heheh masa kat u adik maria...mariapan?mariana? mariani?...semuanya bukan...berangan nak jadi maria farida....wakakka....my life just for my hubby,my family and work...keje QA kat FAMA Rengit...banyak mengajar erti kehidupan...erti pengorbanan yang sebenar...

disini aku bertemu hubby aku...he is the right person for me...he is my life...love him so much...hehhe ..malas nak puji lelebih...ok my work just fine with me...i can do wahtever i want...yes its true....at the same tome rase can tension but i have to be strong...that's wahat we call 'life'